28 December 2011

Aku & Dia

Siapa sangka.. Rakan yang dulunya dibuli oleh aku kini menjadi sebahagian dari hidup aku.. Bila diingatkan balik, haha, lucu rasanya.. Kisahnya bergini...

Aku mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, salah sebuah sekolah yang amat cemerlang pada 2007, semasa aku berumur 13 tahun.. Tiada apa yang berkaitan dengan perhubungan aku dengan si dia. Malah aku tidak mengenali dirinya walaupun dia mengenali aku... Tambahan pula kelas dia hanya disebelah kelas aku.. Namun seingat aku,aku tidak pernah melihatnya sepanjang tahun 2007 dan 2008...

Apabila usiaku menginjak 15 tahun dan menaiki tingkatan 3, disitu bermulanya perkenalan antara aku dan dia. Pertama kali aku melihatnya, aku bertanya kawanku, siapa dia.. Pelajar barukah? Mereka tertawakan aku.. Kata mereka dia pelajar lama namun aku tidak pernah melihatnya. Aku tidak bertegur sapa dengannya kerana aku tidak mengenalinya langsung. Suatu hari diawal tahun itu, Cikgu Sobri iaitu cikgu bahasa melayu aku masuk.. Dia mula mengagihkan kumpulan kecik untung melakukan pembentangan secara berkumpulan.. Nasib aku, aku dipilih menjadi ketua kumpulan kerana dalam kelas itu, akulah yang rapat dengan cikgu Sobri selain teman-teman rapatku yang lain. Tidak aku sangka apabila jari cikgu menunjuk kearahnya dan itu bermakna dia menjadi ahli kumpulanku. Gemuruh rasanya kerana aku tidak pernah bercakap dengannya.

Jadi, pertama kalinya aku bercakap, memanggilnya dengan nama "Munzir"... Aku menyuruhnya membentangkan bahagian yang mudah manakala aku pula membentangkan bahagian yang susah.. Tak adilkan?  Hendak dijadikan bahan ketawa rakan, cikgu pula menyuruh aku memceritakan sinopsisi novel tanpa melihat buku.. 30minit aku berdiri menceritakan sinopsis dengan gaya aku sendiri, gaya yang menampakkan kebodohan aku.. Dari saat itu, aku mula rapat dengannya.. Dia pula menjadi sahabat kepada BF aku ketika itu, Fitry.. Aku bersama teman baikku, Azrina, Zulaikah selalu membulinya.. Antara mereka, akulah yang paling nakal. Rambutnya akan aku gunting saat dia tidur dalam kelas, ketika duduk,aku menarik kerusinya, menconteng mejanya, menconteng mukanya dengan pen.. Malah pernah aku mengambil pensilnya yang berwarna pink!

Apa saja yang aku buat, dia hanya tersenyum.. Tak banyak cakap, nampak sopan dan pendiam.. Tika itu, aku tak punya apa-apa perasaan pada dia kerana hati aku dimiliki orang lain.. Heboh 1 kelas apabila dia suka akan Fatiha.. Kawan aku jugak.. Pada mulanya, mereka cuma beradik dan berabang namun hati si jejaka mula mencoret suka.. :) Tapi tu kisah lama.. Jadi bahan usikan kami smua pada Munzir...

1 hari tu, aku, Azrina dan Munzir duduk di bawah pohon di tepi gelanggang sekolah.. Duduk bersembang dan bergurau.. Tika bergembira itu, aku terlihat BF aku, Fitry berbual dengan Nadiah, aku hanya diam tidak mengesyaki apa-apa... Bila aku pergi padanya dan cuba bercakap, dia seperti tidak suka. Lalu aku membodohkan diri aku dan duduk kembali bersama mereka.. Aku usik Munzir, aku rakam perbualan antara kami, aku ambil gambar bersama-sama.. Beberapa minggu selepas itu, aku mula mesej dengan Munzir.. Hanya sebagai teman kerana Fitry sudah tidak selalu menghubungi aku. Kerap kami berhubung dan akhirnya suatu hari Fitry menyatakan isi hatinya yang menyukai sahabatku sendiri.. Aku menangis, aku tidak makan, tidak keluar bilik kerana kecewa.. Aku masih menjadi GFnya kerana aku masih sayang.. Mujur Munzir pandai mengambil hati aku. Dia pujuk aku, memanjakan aku, mengambil berat tentangku, mendengar segala masalah aku..

Pada hari raya haji tahun 2009 sesudah PMR tamat, hujung bulan 11, aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Fitry.. Aku sudah tidak sanggup tidak diperdulikan kekasih sendiri biarpun saat itu aku masih mentah. tepat jam 10.10pagi,aku gagahi jari-jemari aku menghantar mesej kepadanya. Fitry menerima.. Dan aku pula berasa sebak sehingga tetamu menjadi hairan dengan sikapku yang muram. Malam itu, aku berani menghantar mesej kepada Munzir mengatakan aku sudah break dengan Fitry. Munzir memujuk supaya bersabar dan aku lega.. Gembira seperti tiada apa yang berlaku.. 

Esoknya, malam, sedang aku bermesej dengan Munzir, tiba2 saja dia menukar topik dan mengatakan dia menerima aku. Mulanya aku tidak faham namun setelah aku jenuh berfikir, baru aku ingat.. Aku pernah mengatakan padanya, bila aku sudah break dengan FItry, aku akan couple dengannya.. Pada aku, aku hanya bergurau dan tidak serius. Tidak menyangka dia serius denganku dan menerima aku. Jadi, pada pkul 11 lebih, aku dan Munzir menjadi couple.. Mulanya aku fikir, jejaka ini tidak serius memandangkan pada awalnya kami cuma berkawan.. Namun setelah itu, aku percaya, dia bukan sekadar bermain cinta tetapi benar2 serius tentang hubungan ini.

Dia sudah menemui keluarga aku, dan aku juga begitu.. Namun aku hanya sekali sahaja, ketika hari raya aidilfitri pertama  tahun 2010.. Aku bersama kawan dan dia bertolak dari rumah kawanku menuju rumah kawan2 aku yang lain.. Apabila sudah hampir, dia meminta aku dan kawan2 pergi ke rumahnya.. Aku menurut.. Sebaik tiba, aku seolah-olah rusa masuk kampung. Takut nak masuk rumah aku berdiri seorang diri di luar rumah. Mamanya memanggil aku tetapi aku tidak mahu juga hingga akhirnya dia menyuruh, baru aku akur.. Di sana, air yang aku tuang tumpah, tangan ku mengigil,segalanya serba tak kena.. Malu dan teramat malu.

Dia pula sudah banyak kali berkunjung.. Bersama kawan2nya selalu.. Setiap kali dia datang, mama aku lah yang akan bercerita panjang. ta mengapa, mama aku sedang mengenalinya. Kadang2 mama marah bila dia datang tanpa helmet dikepala. Bukan apa.. Mama risau saja.. Dan kadang2 mama marah dia.. Sebabnya aku selalu menangis.. Manja benar aku.. <3

Sepanjang kami bersama, aku sering kali menguji kesabarannya.. Pernah dia mengamuk dan memecahkan dinding pondok di tepi rumahnya.. Munzir bukanlah seorang yang panas baran tetapi apabila gunung apinya melontar nahar, segalanya akan menjadi abu.. Dia juga tak kurang hebatnya.. Tetapi aku lebih banyak menguji kesabarannya sehingga kini..  Dalam 2 tahun lebih perhubungan, 2 kali kami memutuskan hubungan atas kehendak dia..

Pertamanya pada akhir tahun 2010 iaitu pada 26/11/10, dua hari sebelum ulang tahun yang pertama kami. Malam itu dia berterus terang dengan ku, dan aku tak dapat menerimanya.. Memang pada mulanya ia salah aku tapi kami bagaikan tiada apa yang berlaku hingga malam itu. Akibatnya, aku mula sesak nafaz, dadaku menjadi ketat, dan aku tak sedarkan diri.. Nasib mama aku masuk dalam bilik  menggunakan kunci pendua.. Kalau tidak aku sudah arwah tika itu.. Aku tidak pernah beritahu si dia tentang apa yang terjadi sewaktu mama masuk ke dalam blik aku.. Sungguh aku cerita tapi tidak sepenuhnya. Pada 27/11/10 malam itu, kami bersatu semula.. Dia memohon maaf juga aku~

Keduanya baru-baru ini.. Kali ini disebabkan salah faham dan kesilapan orang yang tidak aku kenali. Dolly Mishu atau namanya Tengku Alia Danisha.. Dia menuduh fb milik seorang gadis itu milik aku.. Aku menafikan kata2nya.. Aku kenal gadis itu, tapi aku bukan dia. Akibatnya, si dia termakan kata2 Dolly lalu mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan aku.. Benar kata orang, FB memisahkan.. Dolly memiliki raut wajah seiras aku..katanya dia pernah melihat aku di mall di sungai petani. Aku SP mall un tak pernah pergi. Jadi silapnya dimana? Sepanjang perpisahan itu, aku tidak mengangis kehilangannya. Entah mengapa aku rasa aku tidak perlu menangis. Aku bercakap kasar dengannya bila dia mula berkasar dengan aku. Setiap hari dia akan menghantar mesej kepada aku bertanyakan hal FB itu. Aku jelik dan muak..Aku menyampah bila namanya muncul di skrin phone aku.. Aku mahu mengotakan kata2 aku.. Aku mahu mengambil NOSESPAN dan COKE untuk menenagkan diriku.. Namun, adanya kawan2, aku membatalkan niatku.

Selepas 3 hari berpisah, sedang aku dan dia bergaduh hebat, tiba2 dia memanggil panggilan semasa kami bersama, meminta aku menamatkan pergaduhan itu. Aku terkedu,tapi aku masih berkasar walaupun mula melembutkan percakapan aku. Dia memohon maaf dan mengatakan dia tidak sanggup meninggalkan aku.. Dia meminta untuk kembali bersama aku. Tika itu, hati aku sudah tawar dengannya, aku tiada perasaan lagi padanya.. Namun aku menerima juga kerana aku masih menyayanginya biar ada benci dalam hati.. Selepas itu, aku dan dia seperti biasa.. Pergaduhan kecil, rajuk merajuk, pujuk memujuk, cemburu, menangis, tertawa, tersenyum, semua kembali sedia kala..Ada juga Dolly muncul tapi aku dan dia memahami.. 

Kini aku sering mencari salah.. Menimbulkan pergaduhan kerana aku percaya, setiap kali aku bergaduh, hubungan akan erat kerana dari situi aku akan belajar memahami sikapnya.. :) Bila aku tidak dapat melihanya, aku akan menangis. Gambarnya akan menjadi mangsa belekkan aku.. Kadang2 aku menghubungi mamanya,terpaksa.. Bila aku ada masalah, dia yang akan mendengar.. Memerhati, memberi cadangan, menasihati aku.. Juga sama. Bila dia bersedih, bermasalah, dalam diam aku menitiskan air mata.. Aku yang akan gelisah. Aku yang akan terjaga lewat malam menanti berita.

Kadang kala penantian itu juga membuatkan aku terseksa kerana rindu.. Tapi aku hanya mampu bersabar.. Aku faham situasinya yang tak mengizinkan.. Aku cuba menahan kemahuan aku dan aku sentiasa begitu. tika ini, 29/12/11, sudah 2 tahun 1 bulan 1 hari perhubungan ini terjalin.. Alhamdullillah kami masih kukuh bersama walaupun sudah 2 kali berpisah. Aku berharap agar hubungan ini akan berkekalan dan menjadi sah suatu hari nanti. Melihat sikapnya dan bertapa tanggungjawabnya dia, aku yakin dia bisa menjadi ketua keluarga yang baik..Dia selalu menjalankan tanggungjawabnya dengan lancar.. Menjaga adik2.. Membantu abahnya, mamanya..Solatnya juga dijaga.. Dalam banyak2 lelaki yang aku temui sebelum dia, dia yang terbaik pernah aku temui.. Syukur aku dipertemukan dengannya.. Aku dan dia sudah bertunang mengikut kata2 para ilmuan walaupun  usia masih muda. Aku mahu ada ikatan dan juga dia. Berapa lama aku sanggup menunggunya kerana aku percaya dia tidak seperti lelaki sebelum ini. Aku meletakkan kepercayaan aku di atas bahunya untuk dipikul.

Aku mahu dia tahu, aku amat menyayanginya dan BENCI padanya.. Jika dia membaca, ngertilah apa itu BENCI <3 Dan kepada pembaca semua, sekiranya anda menpunyai seseorang yang bertakhta dihati, jagalah mereka sebaik mungkin sebelum kita menyesalinya kemudian hari.. Fahami isi hati masing2 dalam perhubungan~ Semoga kita bahagia bersama yang tercinta..

Ahmad Munzir Aswad ____ Nina
28/11/2009 ---> Now
Muhedina
Status : Engaged
Pink <3 Blue
Imymemine Muhed Eva
Imymemine Nina Eva
I found you when i lost...
You treat me lovely...
You hold me in darkness...
My dear...
Enough for me...
When you smile and be with me...
Just for forever together...
I Love You from the beginning...
And I Love You...
Till the end of my time...
And hereafter life...
This is memories...
Anything happen, I still...
I Love You Forever...