9 December 2011

ApakaH Jenis Kulit Kamu??

Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza daripada orang lain.. Jadi, untuk mengetahui apakah jenis kulit anda, apa kata anda cuba ujian ini. Pilih mana-mana jawapan antara A,B,C dan D setiap soalan dan lihat majoriti jawapan anda. Selamat Mencuba!!



1) Apa yang kamu rasakan ketika menggunakan pencuci muka di wajah?
a. Terasa halus dan segar
b. Kering dan terasa gatal di beberapa bahagian wajah
c. Tegang dan terasa kurang selesa
d. Cukup segar dan selesa


2) Bagaimana reaksi kulit kamu apabila menggunakan penyegar?
a. Segala-galanya baik
b. Terasa pedih dan gatal
c. Terasa sangat pedih
d. Lebih segar


3) Jika kulit wajah kamu dibersihkan dengan pembersih wajah yang berasaskan krim, apa yang kamu rasakan?
a. Kulit terasa halus dan kenyal
b. Ada kalanya terasa segar namun sering juga terasa gatal.
c. Cukup selesa dan kulit terasa lebih halus
d. Berminyak di seluruh permukaan wajah


4) Bagaimana reaksi wajah kamu apabila memakai krim malam?
a. Kulit terasa halus dan lembut
b. Terasa sedikit tegang namun ada kalanya terasa halus
c. Selesa dan lebih lembap
d. Sangat berminyak dan berkilat


5) Bagaimana keadaan kulit kamu setelah memakai bedak asas dan bedak tabur?
a. Bersih dan sangat halus
b. Sedikit halus namun terasa kering
c. Terasa kering dan mengelupas
d. Kulit wajah menjadi berkilat dalam waktu yang singkat


6) Setelah kamu melakukan aktiviti luar, bagaimana keadaan kulit kamu?
a. Tetap lembap
b. Warna kulit kemerahan dan mengelupas
c. Mudah mengelupas
d. Berminyak dan tampak berkilat




Jawapan::


Kebanyakkan A (Kulit Normal)
Kamu memiliki ciri warna kulit yang rata dan tekstur kulit yang halus serta lembut. Kulit normal tidak mempunyai pori-pori yang besar dan biasanya kulit kamu bebas dari cela sehingga kulit kamu tidak mudah kelihatan berminyak. Jenis kulit ini juga bebas daripada jerawat namun pada waktu-waktu tertentu jerawat boleh timbul kerana berlakunya perubahan pada hormon kamu sewaktu menstruasi..


Kebanyakkan B (Kulit Sensitif)
Kamu memiliki kulit yang cenderung nipis dan halus sehingga wajah mudah terbakar akibat sinaran matahari.Kulit sensitif juga mudah terkena alergi yang boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.Supaya kulit wajah yang sentitif tetap sihat dan tidak mudah terkena alergi, wajah kamu mesti dirawat denganperawatan yang betul.


Kebanyakkan C (Kulit Kering)
Kamu memiliki kulit yag cenderung dan mudah mengelupas dan sangat kering. Kulit kering tidak boleh mempertahankan kelembapan sehingga dalam suhu yang tertentu. Bukan itu sahaja, saat terkena penyaman udara keadaan kulit kamu juga akan terasa kasar dan kusam.


Kebanyakkan D (Kulit Berminyak)
Kulit yang berkilat dan memiliki pori-pori besar adalah daripada jenis kulit yang berminyak. Masalah kulit berminyak bukan sahaja mudah ditumbuhi jerawat kerana kelenjar sebum yang memproses minyak pada wajah secara berlebihan, malah wajah kamu juga bermasalah. Hal ini disebabkan faktor keturunan, aktiviti horman dan pemakanan kamu. Namun kelebihan kulit ini ialah proses penuaannya lambat daripada kulit-kulit yang lain!






Sudah tahu jenis kulit anda? Jadi, jagalah kulit wajah anda sebaik mungkin. Pemilihan kosmetik dan jenis pencuci wajah mempengaruhi jenis kulit anda jadi berfikir dahulu sebelum membeli produk sebarangan! 

No comments:

Post a Comment